fbpx

Pekerja pusat kitar semula maut tersepit mesin pemampat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam mesin tersebut.

KLANG – Seorang pekerja pusat kitar semula maut selepas tersepit di dalam mesin pemampat di tempat kerjanya di Jalan Sungai Puluh, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 1.51 tengah hari.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian itu melibatkan seorang remaja lelaki warga Bangladesh berusia 19 tahun.

“Pekerja itu tersepit ketika melakukan kerja-kerja memampat pada mesin kitar semula. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dihubungi hari ini.

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari mesin itu dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI