fbpx

Pekerja kilang maut dihempap forklift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang dihempap forklift di Bukit Raja, tengah malam tadi.

KLANG – Seorang pekerja kilang pembungkusan maut selepas dihempap forklift dipandunya sendiri dalam kejadian di Bukit Raja di sini, tengah malam tadi.

Mangsa berusia 18 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.35 tengah malam.

Katanya, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dihempap jentera forklift.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala berjaya dikeluar anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI