fbpx

Pekebun sayur Cameron Highlands rugi RM792,669.45 jerat phone scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pekebun sayur di Cameron Highlands berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM792,669.45 lesap selepas terperdaya dengan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dan penghantar barang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 19 Jun lalu selepas mangsa yang berumur 54 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai penghantar barang memaklumkan terdapat parcel untuknya.

“Mangsa kemudiannya telah diminta menghubungi pegawai polis kerana parcel tersebut mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.

“Mangsa juga dikatakan terlibat dengan penggubahan wang haram, akaun mangsa akan diperiksa serta waran tangkap telah dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, takut dengan ugutan tersebut, mangsa telah mengikut semua arahan suspek sehingga memindahkan wang sebanyak RM792,669.45 ke lima akaun berbeza.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI