fbpx

Nilai eksport negara dijangka kekal RM1.252 trillion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Mustafa (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas (empat dari kiri) menyampaikan Sjili Penghargaan kepada Pengeksport Terbaik Negeri Selangor di bawah program MATRADE pada Hari Eksport Selangor 2023 di SACC, Shah Alam.

SHAH ALAM – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai eksport negara akan kekal RM1.252 trilion tahun ini.

Pengekalan sasaran itu dipercayai susulan ekoran kelembapan ekonomi global dan krisis geopolitik yang tecetus di Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz berkata, jangkaan nilai tersebut perlu dicapai bagi memastikan sasaran sama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dapat direalisasikan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, nilai tersebut tidak berkurangan selepas negara mencapai lebihan 25 peratus pada tahun lalu iaitu RM1.552 trilion berbanding sasaran tahun ini.

“Pada peringkat nasional, kita menyasarkan tidak jatuh daripada RM1.252 trilion sebab eksport yang kita sasar pada 2025 di bawah RMK-12, adalah sebanyak RM1.252 trilion,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Hari Eksport Selangor anjuran Matrade bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Mustafa ketika berucap pada majlis tersebut memaklumkan Selangor adalah sebuah negeri industri yang menyumbang kepada 23.2 peratus kepada nilai keseluruhan eksport negara pada tahun lalu.

Ujarnya, ini seterusnya menjadikan Selangor berada di kedudukan ketiga mencatatkan jumlah eksport tertinggi di negara ini.

“Jumlah eksport melebihi RM360 bilion atau hampir 10 peratus kenaikan berbanding tahun sebelumnya menerusi pertumbuhan positif sektor jentera dan kelengkapan pengangkutan barangan perkilangan dan bahan kimia selain industri asas tani, makanan dan minuman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata,
perkembangan sektor perkhidmatan tidak akan menjejaskan aktiviti eksport negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan keusahawanannya.

“Jadi, usahawan kecil dibina dan dari sini (PKNS), Matrade memainkan peranan mereka untuk mengambil potensi-potensi itu dan menemukan dengan pembeli dari luar negara, termasuk melalui penganjuran MIHAS, yang mana ramai pembeli akan datang untuk melihat produk mana mereka boleh import,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI