fbpx

Masalah air Kelantan diselesaikan secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman portfolio Exco Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud akan menjadikan masalah bekalan air sebagai fokus utama untuk diselesaikan sepanjang satu penggal beliau mentadbir negeri Kelantan.

Menurutnya, mengikut perancangan, usaha menyelesaikan masalah tersebut akan dilakukan secara berperingkat.

“Semua tahu, kita (Kelantan) berdepan dengan masalah air, namun negeri lain pun ada juga (masalah air). Oleh itu, Kelantan akan merapatkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Langkah tersebut selari dengan semangat federalisme untuk memenuhi kebajikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nassuruddin memberitahu, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada sektor ekonomi melalui pengukuhan dalam perkara utama iatu pelabuhan, lapangan terbang antarabangsa dan jaringan lebuh raya dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya, kerajaan negeri juga sedia meningkatkan hasil pengeluaran sumber asli terutamanya mineral selain memanfaatkan kepakaran anak-anak Kelantan dalam mengukuhkan hubungan strategik dengan pihak luar.

“Ia juga melibatkan bidang pendidikan dan ekonomi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nassurudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti berkata, beliau akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI