fbpx

LRT, MRT, Monorel mula operasi pukul 4 pagi sempena Hari Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula pukul 4 pagi pada 31 Ogos ini.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, waktu operasi itu bagi memberi peluang dan kemudahan kepada warga kota yang ingin ke Dataran Putrajaya bagi bersama-sama meraikan acara sambutan Hari Merdeka 2023.

“Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya melibatkan 50 buah bas.

“Perkhidmatan ini turut akan bermula pada pukul 4 pagi,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, Rapid KL juga akan menyediakan tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI