fbpx

Lelaki ditahan buat ancaman bom palsu dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang menyaksikan seorang lelaki diarah keluar dari pesawat oleh dua polis bersenjata. - Twitter

LONDON – Sepasukan polis menyerbu sebuah pesawat Jet2 di sebuah lapangan terbang di Britain selepas menerima ancaman bom, lapor portal MailOnline semalam.

Penerbangan pesawat itu dari Lapangan Terbang East Midlands turut ditangguhkan sekitar pukul 5.15 petang (waktu tempatan) semalam, selepas seorang penumpang mendakwa dia memiliki bahan letupan.

Pesawat yang dijadualkan menuju ke Antalya, Turkiye itu sepatutnya berlepas pada pukul 4.45 petang (waktu tempatan), namun akhirnya meninggalkan landasan pada pukul 8.08 malam (waktu tempatan).

Rakaman kejadian memaparkan dua pegawai polis lengkap bersenjata berdiri di hadapan orang ramai sambil menyuruh penumpang lelaki itu keluar dari pesawat dengan mengangkat tangannya ke atas kepala. Turut kelihatan ialah isterinya dan seorang gadis yang mengikuti lelaki itu dari belakangnya. 

Polis kemudian menahan lelaki tersebut, namun tiada sebarang bom ditemui selepas menggeledah pesawat itu.

“Lelaki yang ditahan itu telah dibebaskan dengan ikat jamin dan siasatan kami masih diteruskan,” kata kenyataan Polis Leicestershire. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI