fbpx

Lapan individu kantoi buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menahan lapan individu dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini kerana membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kes itu menunjukkan peningkatan, berbanding empat laporan dalam tempoh sama pada tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 100 peratus (empat kes).

“Siasatan mendapati laporan palsu ini dibuat bagi mengaburi masalah kewangan dan hutang yang dialami oleh individu terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, Ahsmon berkata, dalam tempoh 9 hingga 21 Ogos ini, seramai tiga individu ditahan atas kesalahan tersebut.

Katanya ketiga-tiga individu tempatan berusia 31 hingga 34 tahun itu mendakwa telah menjadi mangsa kes samun, curi kenderaan dan kecurian wang tunai di dalam kenderaan.

“Setelah siasatan lanjut dijalankan mendapati laporan yang dibuat oleh ketiga-tiga individu terbabit adalah palsu,” katanya.

Beliau berkata kesemua kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan telah dibuat di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang membawa denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ahsmon menegaskan, pihaknya tegas dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang berbuat demikian kerana perbuatan itu bukan sahaja salah, tetapi turut memberikan gambaran negatif palsu berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kuching. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI