fbpx

KPKT sasar lahirkan lebih ramai usahawan PEKB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) memotong kek sebagai simbolik perasmian pada Majlis Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023 di Ruang Legar Pekarangan KPKT hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan di bawah program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) dan usahawan Kampung Baru Cina.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membimbing 835 peserta terdiri daripada golongan B40 dengan kerjasama 28 buah badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM55 juta dengan sasaran untuk melahirkan 4,835 usahawan B40 di bandar.

“Program PEKB yang bermula sejak 2013 adalah satu usaha KPKT dalam merealisasikan Kesejahteraan Rakyat di Bandar.

“Sehingga kini, PEKB telah melahirkan seramai 16,515 orang usahawan terdiri dari kalangan golongan berpendapatan rendah yang dipilih oleh NGO,” katanya ketika berucap pada Majlis Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023, di sini hari ini.

Katanya, melalui program ini, peserta PEKB diberikan latihan keusahawanan dalam pelbagai bidang bertujuan meningkatkan kemahiran hingga mampu mengusahakan perniagaan yang dapat memberikan pendapatan yang baik.

Kor Ming berkata, aktiviti perniagaan usahawan ini dipantau oleh NGO terbabit selama enam bulan bagi memastikan mereka dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI