fbpx

KKM galak kementerian, agensi laksana X-Break

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (tengah) melakukan regangan badan pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records "Penyertaan Terbesar Dalam Acara X-Break Secara Virtual di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan semua kementerian dan agensi melaksanakan sesi X-Break terutamanya ketika penganjuran persidangan, seminar, bengkel, latihan atau sebarang bentuk aktiviti berkumpulan.

X-Break merujuk kepada aktiviti regangan ringkas yang disaran dilakukan apabila seseorang duduk untuk tempoh dua jam atau lebih.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia berikutan KKM melihat kepentingan X-Break sebagai satu inisiatif yang perlu diperkasakan di semua peringkat masyarakat.

Katanya, selain itu, KKM sedang dalam usaha mempromosikan X-Break ke semua komuniti seperti tempat kerja dan institusi pendidikan agar rakyat dapat membudayakan gaya hidup sihat.

“X-Break juga akan diaktifkan semula di KKM dan kita menggalakkan semua program berstruktur kementerian yang melebihi dua jam kecuali mesyuarat dan perbincangan untuk melaksanakan sesi berkenaan.

“Saya mohon semua pihak pengurusan tertinggi, ketua jabatan dan ketua sektor untuk memastikan perkara ini diambil tindakan sewajarnya.

“Perkara ini juga boleh diikuti oleh kementerian dan agensi lain dalam melaksanakan X-Break di tempat masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) ‘Penyertaan Terbesar Dalam Acara X-Break Secara Virtual’ di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, peningkatan literasi kesihatan dan perubahan tingkah laku ke arah pencegahan faktor risiko penyakit tidak berjangkit merupakan fokus utama dalam program Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI).

Menurut beliau, bagi memantapkan pelaksanaan inisiatif itu, Sambutan Minggu Sihat HePiLI dilaksanakan bermula 1 hingga 7 Julai pada setiap tahun dimana satu himpunan secara virtual yang bertemakan ‘Kami Nak Hidup Sihat’ dianjurkan pada 6 Julai lalu dengan mengumpulkan warga insitusi pendidikan terbesar untuk menjalankan aktiviti X-Break. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI