fbpx

Itu cuma pra pendaftaran, kalau tak mahu tak payah aktif – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) pada sidang akhbar tersebut. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pendaftaran nama dan kad pengenalan rakyat Selangor dalam Skim Insurans Am Selangor (INSAN) secara automatik hanya merupakan sebagai pra pendaftaran bagi polisi perlindungan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, polisi tersebut akan aktif sepenuhnya sekiranya memenuhi beberapa kriteria dengan menyerahkan swafoto bersama kad pengenalan masing-masing.

“Apa yang kita ingin tegaskan bahawa itu adalah pra pendaftaran supaya tidak mendaftarkan satu-persatu yang akan mengambil masa panjang. Jadi, saat mereka mengesahkan adalah termaktub atau terakum dalam sistem polisi tersebut.

“Kalau tidak berminat tidak payah aktifkan dan terdapat prosedur untuk nyah aktifkan bagi polisi tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dibentangkan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebelum iaitu Datuk Teng Chang Kim dengan kerajaan negeri telah berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tambah Amirudin, SPR memaklumkan apa yang ada dalam daftar pemilih itu boleh digunakan dengan kerajaan negeri sebelum ini telah mengambil data berkaitan mengikut umur tertentu.

“Apa yang berlaku pra pendaftaran dengan kita berhubungan dengan SPR supaya SPR mengemukakan data. Sebenarnya data-data awam itu yang boleh dibeli iaitu maklumat dan kita daftarkan sebagai pra pendaftaran.

“Namun, kita akan ketatkan supaya tidak ramai yang boleh akses kepada sistem pra pendaftaran itu. Saya juga akan minta nanti pihak pemaju (membangunkan sistem itu) mengeluarkan kenyataan bagaimana akses orang awam kepada sistem (pendaftaran) polisi yang masih belum sempurna itu,” katanya.

Terdahulu tular berhubung kerisauan orang awam di Selangor selepas data mereka termasuk nama dan kad pengenalan telah didaftarkan secara automatik dalam INSAN tanpa sebarang pengetahuan dan kebenaran pemiliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI