fbpx

Dapat bayi perempuan, Yana minta sampaikan kepada Najib di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yana (kiri) berkongsi berita gembira beliau selamat melahirkan bayi perempuannya (kanan), hari ini, di Instagram.

PETALING JAYA -Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

Beliau yang mesra dipanggil Yana, berkongsi berita kelahiran bayi yang dinamakan Amelia Rahah Daniyar itu di Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Allah SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.

“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Kami sentiasa berdoa agar Allah segera menyatukan kami,” ujarnya.

Sementara itu menerusi hantaran yang dipercayai ditulis Yana di Facebook Najib Razak, turut meminta bantuan supaya berita itu disampaikan kepada Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

“DSN belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga.

“Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang, sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI