PETALING JAYA – Avis Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan pemimpin industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan banyak lagi untuk merintis perkhidmatan pemajakan kereta elektrik (EV) hujung ke hujung.
Kolaborasi tersebut akan meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik dan penyelesaian pengecasan pintar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan pengangkutan yang lebih mampan di Malaysia.
Ia meliputi pelbagai jenis kenderaan elektrik, termasuk basikal elektrik, van elektrik dan EV.
Pelanggan boleh memajak model EV pilihan mereka melalui pakej pajakan komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Selain itu, pemegang kad Ambank boleh menikmati kemudahan tambahan dengan ansuran pelan pembayaran untuk pakej pajakan EV.
Ketua Pegawai Eksekutif Avis Malaysia, Mohd. Syahrul Yusuf berkata, pihaknya teruja untuk membuka program pemajakan EV kepada pelanggan baharu.
“Kami mahu memimpin daripada barisan hadapan, memudahkan pemandu untuk membuat bertukar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Perkhidmatan Avis Malaysia termasuk penyelenggaraan dan servis menyeluruh, cukai jalan dan pembaharuan insurans, kemudahan pengecasan dan penyelesaian pengurusan armada yang inovatif.
Maklumat lanjut tentang Avis Malaysia boleh didapati di www.avis.com.my. – KOSMO! ONLINE