fbpx

Anwar jemput PM Thailand baharu, Srettha Thavisin ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menjemput PM Thailand baharu untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Perdana Menteri Thailand baharu, TYT Srettha Thavisin untuk melawat Malaysia.

Ia susulan Thavisin yang juga wakil parti Pheu Thai sah menjadi Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu petang tadi.

“Saya telah menghubungi TYT Srettha Thavisin bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu petang tadi.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang,”ujarnya di Facebook sebentar tadi.

Menerusi hantaran video di Facebooknya, Anwar turut mengundang beliau untuk hadir ke Malaysia dalam masa yang terdekat.

“Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI