fbpx

Wanita dikritik mahu namakan anak Cinderella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut berhasrat menamakan bayinya Cinderella kerana ia dianggap nama puteri kisah dongeng yang indah. – Getty Images

LONDON – Seorang wanita yang bakal bergelar ibu menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas berkongsi rancangan untuk menamakan anak perempuannya Cinderella, lapor portal berita LadBible hari ini.

Berdasarkan hantaran di laman perbincangan sosial, Reddit, wanita yang identitinya dirahsiakan itu menanyakan pendapat netizen mengenai nama bayi bertemakan puteri daripada kisah dongeng. 

“Hai, semua! Saya memerlukan pendapat anda mengenai satu nama (untuk bayi). Teman lelaki berpendapat ia idea yang teruk selain anak saya akan diejek disebabkan namanya. Namun, saya berpendapat nama ini  amat indah.

“Cinderella. Mungkin saya boleh memanggilnya Cindy atau Ella sebagai nama panggilan. Saya tidak mahu dia (anak) dipersenda tetapi bagi saya, nama ini sangat indah,” kata wanita berkenaan.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menasihatkan wanita berkenaan agar tidak meneruskan hasratnya.

“Belle atau Ariel ialah nama yang indah untuk puteri kisah dongeng. Namun, Cinderella bukan satu nama yang sesuai untuk diberi kepada manusia. Ia tidak mengapa jika anda mahu menamakan kucing atau tikus belanda (nama Cinderella). Namun, untuk bayi perempuan, dengan segala hormatnya, tolonglah jangan,” kata seorang netizen.

“Saya seorang guru tadika. Ada seorang pelajar di sekolah saya bernama Cinderella. Tiada sesiapa yang mempermainkannya (setahu saya) tetapi saya yakin dia akan dipersenda apabila berada di sekolah menengah,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI