fbpx

[VIDEO] Isteri marah Caprice ‘backup’ Abang Tesla kahwin dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video ketika Caprice dimarahi isterinya yang tular ketika ini.

PETALING JAYA – Kisah tular pengsohor media sosial yang dikenali Abang Tesla yang memaparkan klip video mendapat restu isteri tuanya untuk berkahwin baharu turut menarik minat penyanyi rap, Caprice.

Caprice yang juga pengsohor media sosial membuat satu video bagi mempertahankan tindakan Abang Tesla berkahwin dua dan menganggap tindakan yang dilakukan lelaki itu adalah satu tindakan yang betul dan berani.

Namun, lain pula jadinya apabila isterinya, Farra Inalis seakan tidak bersetuju dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli itu apabila dilihat memarahi penyanyi terbabit.

Menerusi satu video yang tular ketika ini, Farra dilihat berang dengan membaling bantal setelah Caprice cuba untuk mempertahankan tindakan poligami yang dilakukan Abang Tesla beberapa hari yang lalu.

“Awak jangan nak ‘backup’ tajuk macam ni, terpulanglah kalau nak kahwin-kahwin ni. Lelaki kalau bab kahwin ni ikut sunnah padahal al- Fatihah pun tak reti nak baca.

“Lepas tu asyik nak guna ayat beras kita beli, habis tu yang masak tu siapa? Jadi beras tu sumbat-sumbat dalam perut tu kenyang ke? menyampah betul, awak jangan nak backup benda ni,” jelas Farra sambil mundar-mandir di belakang Caprice.

Penyanyi rap terbabit hanya mampu mempertahankan dirinya dan sekali sekali mempertahankan tindakannya itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial menyokong apa yang dilakukan oleh Farra dan menyatakan tindakan berani itu adalah satu kemenangan bagi kaum wanita.

“Betul apa yang Farra cakap, lelaki ni kalau bab poligami terus ikut sunnah nabi sedangkan duit sewa rumah pun kadang-kadang tak terbayar,” jelas Ainal Izzati.

“Bagus kakak, bukan semua mampu untuk berlaku adil sepertimana nabi kita buat terhadap isteri-isteri dia, selagi kita ni manusia biasa mesti ada kelemahan dia,” kata Khairul Muzammil. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI