AKTRES popular Bollywood, Sushmita Sen kesal apabila tabiat menghormati masa tidak senangi segelintir individu dalam industri perfileman hingga dirinya dilabel sebagai pelakon yang susah beri kerjasama.
Akui Miss Universe 1994 itu, dia seorang yang menepati masa apabila mengikut jadual kerja sebaik mungkin dan tidak kisah menunggu pelakon lain bersiap.
Begitupun, Sushmita meluahkan rasa pelik kerana dia pula dicop susah untuk beri kerjasama semata-mata mahu terus pulang sebaik kerjanya tamat.
Katanya, budaya kerja yang mengharapkan pelakon atau kru terus melepak di lokasi penggambaran biarpun babak mereka sudah selesai sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan.
Katanya, dalam era sekarang sewajarnya kehidupan kerjaya perlu diseimbangkan demi kesihatan mental.