fbpx

‘Rider’ guna Google Maps sesat di hutan, jatuh dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A (kiri) ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan. – Hadi Waluyo

JAKARTA – Seorang penghantar barang tersesat sebelum jatuh ke dalam gaung  gara-gara mengikut laluan yang dicadangkan oleh aplikasi pemetaan, Google Maps, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di Paninggaran,  wilayah Jawa Tengah pada malam kelmarin. 

Ketua Polis Paninggaran, Asisten Komisioner Polis Agus Supriyono berkata, mangsa dikenali sebagai A, dan berumur 21 tahun.

“Anggota kami terus pergi ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan mengenai mangsa yang tersesat di hutan dan tular di media sosial.

“Sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan), kami dan penduduk berjaya menemui mangsa dalam keadaan baik,” katanya.

Sebelum itu, mangsa dikatakan sempat memuat naik hantaran di media sosial yang memberitahu keadaannya selain turut meminta bantuan kerana motosikal dinaikinya jatuh ke dalam gaung.

Dia ketika itu dilaporkan sedang dalam perjalanan bagi menghantar barang pelanggan di sebuah kampung.

Mangsa menggunakan Google Maps untuk sampai ke lokasi rumah pelanggan, manakala  aplikasi tersebut membawanya melalui  ‘jalan tikus’ dan bukannya laluan utama.

“Disebabkan keadaan gelap gelita, mangsa terjatuh ke dalam apa yang disangkakan sebagai jurang. Dia kemudian meminta tolong menerusi media sosial.

“Namun, ia sebenarnya bukan gaung sebaliknya hanya semak-samun di tepi jalan. Keadaan jalan yang gelap gelita mungkin membuatkan mangsa panik,” ujar Agus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI