fbpx

Ramai tak ingat, DUN Simpang Jeram tapak asas Amanah – Adly Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) pada Program Membudayakan R&D Pertahanan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, hari ini.

MELAKA – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai dalam pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan bulan depan.

Naib Presidennya, Adly Zahari berkata, Salahuddin sebelum ini telahpun memberikan perkhidmatan terbaik dan rekod pencapaian itu menjadi kekuatan Amanah dalam memastikan kemenangan di dua kerusi berkenaan.

Jelasnya lagi, DUN Simpang Jeram juga merupakan tapak titik tolak penubuhan Amanah dan mempunyai kekuatan akar umbi yang jitu.

“Allahyarham (Salahuddin) telah memberikan khidmat yang terbaik dan kalau kita tengok dalam keadaan Amanah tidak dapat mempertahankan mana-mana kerusi, Simpang Jeram kita dapat pertahankan.

“Ramai orang tak ingat sebenarnya penubuhan Amanah itu tapaknya adalah di DUN Simpang Jeram, itu sebenarnya tapak asas parti dan kita ada kekuatan akar umbi di situ, jadi saya yakin kemenangan itu dapat diterjemahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada PRK itu, kerjasama yang baik antara kerajaan perpaduan dan negeri akan dapat diterjemahkan dengan kemenangan lebih cemerlang.

“Saya yakin dengan kerjasama kerajaan perpaduan ini, ditambah dengan kerajaan negeri saya fikir kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor akan dapat diterjemahkan melalui kemenangan yang lebih baik. Semangat perpaduan, kestabilan dalam kerajaan perpaduan itu menjadi teras kita terutama di negeri-negeri Selatan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan berikutan kematian Salahuddin 61, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Amanah dilaporkan mempertaruhkan anak tempatan sebagai calon PRK DUN Simpang Jeram iaitu Ir. Nazri Abdul Rahman, 56, anak ke 14 daripada 17 adik beradik dengan berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang kejuruteraan.

Nazri yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Muar (MPM) mula berkecimpung dalam arena politik kira-kira 30 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI