fbpx

Polis siasat kesahihan mesej cubaan culik murid di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis akan menyiasat kesahihan penularan mesej di aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan berlaku cubaan menculik murid sekolah di Ampang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semakan akan dibuat termasuk  menyemak sama ada ibu bapa dalam kes tersebut ada membuat laporan polis.

“Kita akan maklumkan kepada pihak media berhubung kes ini nanti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Kandungan mesej aplikasi WhatsApp yang tular

Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan cubaan menculik murid tahun lima sebuah sekolah di Ampang yang dikatakan berlaku semalam.

Mesej itu menyebut murid itu didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang mengaku sebagai wakil kepada ahli keluarganya bagi mengambilnya dari sekolah itu dan menghantarnya ke rumahnya.

“Lelaki itu memaklumkan ibu murid itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan lantas mengajak murid terbabit mengikutinya. Syukur kerana murid tersebut melarikan diri ke dalam sekolah dan ibunya telah membuat laporan polis,” tulis mesej tular itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI