fbpx

Persepsi, diskriminasi dan tanggapan negatif punca penagih sukar pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutekno (dua dari kiri) pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat AADK Tahun 2023 di Puspek Jelebu hari ini

JELEBU – Faktor persepsi, diskriminasi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap bekas penagih antara punca penagih dadah sukar dipulihkan sekali gus berlakunya penagihan semula.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, ini kerana mereka melihat seseorang penagih itu sebagai individu yang tidak berguna lagi.

“Walaupun banyak faktor lain, namun hari ini saya lihat faktor ini menjadi penyumbang terbesar berlakunya kes-kes penagihan berulang.

“Meskipun mereka telah mengikut program rawatan dan Ppemulihan sama ada dalam institusi (RPDI) atau komuniti (RPDK) di AADK, tetapi apabila mereka tamat, mereka sukar mendapat tempat dalam masyarakat mahupun keluarga.

“Mereka (penagih) terus disisihkan, dipandang serong dan lebih malang lagi dilemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya,” katanya pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat AADK Tahun 2023 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu hari ini.

Sutekno berkata, sistem sokongan lain terutama keluarga dan masyarakat amat diperlukan bagi memastikan mereka kekal dalam kepulihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI