JAKARTA – Seorang peniaga bakso di Indonesia mendapat perhatian orang ramai kerana meniaga di tepi jalan dengan memakai pakaian pejabat, lapor program berita Liputan6.
Klip video memaparkan peniaga bakso itu dimuat naik dalam akaun Instagram @info-balikpapan.
Lelaki bernama Broto itu dilihat memakai kemeja, tali leher, seluar hitam berserta kasut kulit.
Broto berniaga di Kota Balikpapan, Kalimantan Timur dengan membawa barang dagangan menggunakan motosikalnya.
Dia sengaja memakai pakaian pejabat supaya jualannya laris.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Hebat, semoga rezeki penjual bakso itu dipermudahkan dan semakin berjaya,” komen seorang netizen. – Agensi