fbpx

Pekerja ladang warga Indonesia maut digilis traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah traktor membawa muatan kelapa sawit yang menggilis mangsa di Ladang Serasa, Sungai Bayu dekat Gua Musang semalam. Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut digilis sebuah traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Syaiful, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai digilis tayar depan traktor yang dipandunya sendiri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam sebuah traktor.

Katanya, ketika sedang membuat kerja itu, traktor tersebut dipercayai mengundur secara tiba-tiba.

 

Keadaan mayat mangsa selepas digilis sebuah traktor di Ladang Serasa, Sungai Bayu dekat Gua Musang semalam. Foto IHSAN POLIS

“Melihat keadaan itu, mangsa cuba memanjat dan mengawal traktor berkenaan, namun dia terjatuh sebelum digilis tayar depan kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI