fbpx

Nahas Elmina: Perakam suara kokpit ke Florida, gagal ekstrak data di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tiga kanan) melakukan gimik perasmian Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia (M.A.S.S) 2023 di JW Marriott hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) akan menghantar ‘memory puck’ yang terdapat di dalam perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) ke Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan tersebut diambil selepas memori tersebut tidak dapat dianalisis di makmal Singapura dan terpaksa dibawa kepada syarikat pengeluar CVR tersebut di AS.

Jelasnya, pasukan BSKU akan membawa ‘memory puck’ CVR milik pesawat yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu selewat-lewatnya pagi esok.

“Makmal di Singapura juga tidak dapat keluarkan data daripada CVR tersebut kerana ada beberapa kekangan yang menyebabkan kita tidak dapat ‘mengekstrak’ semula data tersebut.

“Ketua Biro BSKU akan balik hari ini dan akan memberi penjelasan kepada saya, mungkin perlu dihantar ke Florida untuk dianalisa.

“Kita akan buat perancangan seawal mungkin untuk pasukan BSKU pergi ke Florida sama ada malam ini atau pagi esok,” katanyampada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI