fbpx

Mahkamah: Bekas tentera dihukum gantung dera anak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas tentera dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas kesalahan mendera anaknya sehingga mati dalam kejadian di Lukut, Port Dickson, lebih lima tahun lalu.

SEREMBAN – Seorang bekas tentera dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas kesalahan mendera anaknya sehingga mati dalam kejadian di Lukut, Port Dickson, lebih lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadaptrtuduh berusia 41, di hari akhir pembelaan dan didapati bersalah.

Dalam penghakimannya, beliau menyatakan pihak pendakwaan telah membuktikan keraguan melampaui keraguan munasabah yang mana tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 50 tahun dan dikenakan minima 12 sebatan.

“Setelah mahkamah mendengar dan menimbang hujahan peguam bela kamu (tertuduh) dan pihak pendakwaan, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman mati keatas kamu di mana kamu diperintahkan digantung dileher sehingga mati pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kelak. Dalam kes ini, apa yang diketengahkan adalah penafian dan andaian semata-mata,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah membunuh anak perempuannya yang ketika itu berusia sembilan tahun, pada 31 Januari 2018 lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Lukut, antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memanggil 19 saksi bagi kes berkenaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Maleeha Syed Hussin dan Ala’uddin Baharom, manakala tertuduh diwakili oleh sebuah syarikat guaman.

Terdahulu, peguam tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum bermula tarikh tertuduh ditangkap 31 Januari 2018.

“Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai empat anak. Sebelum ditangkap polis, tertuduh telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dan jawatan yang dipegang sebagai sarjan (kenderaan). Beliau (tertuduh) telah berkhidmat untuk negara 17 tahun sebulan dan tertuduh juga amat menyesal serta memohon maaf,” katanya.

Bagaimanapun, Sharifah Maleeha dalam hujahannya memohon mahkamah satu hukuman berat dikenakan yang mana hukuman paling munasabah dan wajar dikenakan kepada tertuduh ialah hukuman mati.

“Mangsa merupakan anak kandung tertuduh yang mana punca kematian adalah disebabkan kecederaan abdomen disebabkan kudrat tumpul. Dalam kes ini, terdapat 32 kecederaan luaran dan pelbagai kecederaan dalaman si mati, terutamannya di bahagian kepala, leher dan abdomen.

“Si mati ketika kejadian adalah kanak-kanak perempuan yang dipijak dan ditendang oleh seorang bapa kandungnya sendiri. Perbuatan ini tanpa belas kasihan seorang yang dikenali terhadap anak kandungnya sendiri.

“Satu nyawa telah hilang tidak dapat dikembalikan lagi. Di mana sifat seorang ayah yang sepatutnya melindungi, menjaga dan memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya,” ujarnya.

Media pada 1 Februari 2018 melaporkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu, maut ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI