fbpx

Mabuk antara punca saman di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JSPT Negeri Sembilan mengeluarkan 1,902 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas yang dijalankan di semua daerah. FOTO : IHSAN POLIS

SEREMBAN – Sebanyak 1,920 saman dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk sejak 3 Ogos hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kesalahan itu dikesan sepanjang Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas (OPPL) yang dijalankan di seluruh negeri ini.

“Sejak 3 Ogos hingga 20 Ogos lalu, JSPT Negeri Sembilan menjalankan OPPL di semua daerah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna jalan raya dalam usaha memberi kesedaran terhadap pematuhan peraturan jalan raya.

“Dalam tempoh operasi dijalankan, sebanyak 1,920 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu 846 kes membabitkan halangan lalu lintas, nombor pendaftaran (312), lampu isyarat (76) dan lain-lain kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, hasil operasi itu pihak JSPT Negeri Sembilan telah menyita sebuah motosikal dan menahan tujuh orang individu.

“Mereka didapati melakukan kesalahan memiliki kenderaan curi, nombor pendaftaran palsu, memandu di bawah pengaruh alkohol, menunggang secara melulu dan berbahaya serta tangkapan kerana didapati positif dadah jenis methaphethamine,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI