fbpx

Lelaki tanpa identiti maut dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng San

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat dilanggar kereta api di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam yang kebetulan berada di lokasi terbabit, kira-kira puk 8.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 30-an, namun tidak diketahui bangsanya (identiti). Dia mengalami kecederaan parah disyaki selepas dilanggar sebuah kereta api dari arah Bukit Mertajam menghala ke Simpang Ampat di Seberang Perai Selatan (SPS).

“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk tujuan bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Cheng San berkata, siasatan turut mendapati mangsa tidak memiliki kesan suntikan ‘basillus calmette-gurin’ atau BCG dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di tempat kejadian.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI