fbpx

Kerajaan umum dana tambahan RM6 juta untuk iTEKAD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bergambar bersama barisan Ketua Pegawai Eksekutif bank-bank yang terlibat pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD, di Sasana Kijang BNM, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan dana tambahan sebanyak RM6 juta bagi pelaksanaan program iTEKAD sekali gus memperkasa usahawa mikro berpendapatan rendah, menjadikan keseluruhan RM10 juta untuk tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini geran sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan iTEKAD menerusi Bajet 2023 pada Februari lalu.

“Berdasarkan peruntukan Kementerian Kewangan untuk tahun ini ialah RM4 juta (program iTEKAD). Kalau sudah berjaya dengan RM4 juta, sebenarnya tidak perlu saya tambah lagi.

“Saya pasti dengan keputusan kejayaan dan andaian 20 bank (terlibat dalam iTEKAD), maka saya boleh tambah daripada RM4 juta jadi RM10 juta tahun ini,” katanya berucap pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di Bank Negara (BNM) di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Anwar turut menggesa lebih banyak bank terlibat dalam pelaksanaan iTEKAD berbanding 11 bank setakat ini.

“Harap beberapa bulan ini akan jadi 20 bank. Kalau tidak saya lihat senarai yang belum masuk (nada berseloroh), kemudian dikembangkan dengan sektor swasta. Kenapa saya cadangkan begini?

“Sekiranya bank pusat dan bank menguruskan aktiviti tersebut, kita lebih yakin dari segi efisien dan impaknya. Selain itu, kos pengurusan lebih rendah daripada agensi dikendalikan kementerian, dari segi tekanan kewangan kepada kerajaan juga jauh lebih kurang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI