fbpx

Johor kekal destinasi tumpuan pelaburan tempatan, asing – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Syed Aiman (kiri) dan Vincent Wei (kanan) pada majlis Menandatangani Perjanjian di KOMTAR, Johor Bahru semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Johor kekal menjadi destinasi tumpuan yang menarik buat pelaburan sama ada daripada syarikat tempatan mahupun syarikat asing selepas secara konsisten menerima kemasukan pelabur.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, terbaharu, syarikat penghasil makanan agritek dari Singapura, Archisen Pte. Ltd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat milik Johor Corporation (JCorp), Farmbyte Sdn. Bhd.

“Archisen merupakan syarikat pertanian moden terkenal yang telah mengendalikan salah satu ladang dalaman dengan hasil tertinggi di Singapura dengan unjuran hasil sehingga 100 tan sayur-sayuran setahun.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri yakin hasil kerjasama ini mampu merealisasi Pelan Strategik Agromakanan JCorp dan Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan di Menara Komtar, di sini semalam.

Tambah Onn Hafiz, antara lain, tujuan MoU tersebut termasuklah memodenkan sektor agromakanan, menaik taraf hidup petani serta meningkatkan pengeluaran hasil tanaman berkualiti tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farmbyte Sdn. Bhd., Syed Aiman Kifli Syed Jaafar memberitahu, pihaknya teruja untuk menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat agromakanan yang menjadikan penggunaan teknologi sebagai asas untuk beroperasi.

“Kepakaran dimiliki Archisen Pte. Ltd. dalam menyelesaikan masalah pertanian moden selari dengan visi kami untuk merubah landskap pertanian khususnya di Johor.

“Kami percaya langkah ini akan membantu meningkatkan hasil produktiviti petani-petani tempatan yang terlibat, sekaligus menaik taraf tahap kehidupan mereka,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI