fbpx

K2

Hargai 65,000 rider dengan belanja makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inisiatif tersebut bagi mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada golongan rider yang bukan sahaja menghantar makanan tetapi juga membolehkan masyarakat menikmati hidangan kegemaran dengan selesa di rumah.

TUGAS seorang penunggang penghantar makanan atau rider bukan sahaja penting tetapi juga cukup mencabar. Demi memenuhi permintaan pelanggan, mereka perlu meredah cuaca panas dan juga hujan.

Bahkan, adakalanya mereka perlu mengharungi pelbagai kesulitan tertentu termasuk merisikokan nyawa untuk memastikan tugas dilunaskan.

Justeru, sebagai inisiatif murni dalam meraikan kerja keras dan peranan penting rider, McDonald’s Malaysia memberikan set hidangan percuma kepada 65,000 rider di seluruh negara.

Inisiatif tersebut yang dinamakan sebagai #TerimaKasihAbangRider merupakan usaha restoran makanan segera tersebut dalam mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada golongan rider yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

Inisiatif yang dibuat pada Khamis minggu lalu itu bukan sahaja terhad kepada rider McDelivery, tetapi juga boleh ditebus oleh mana-mana rider lain antara pukul 2 petang hingga 5 petang di mana-mana restoran makanan segera tersebut di seluruh negara.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, inisiatif itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada penunggang penghantaran makanan.

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk mengucapkan terima kasih kepada para penunggang penghantaran kami yang bukan sekadar menghantar makanan, tetapi juga membawa kenangan terindah atau ‘feel good moments’ kepada rakyat Malaysia.

“Mereka adalah penghubung untuk makanan kami yang lazat dan senyuman kegembiraan pelanggan.

“Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua rider di luar sana, dan membuatkan mereka sedar bahawa peranan mereka sangatlah dihargai,” katanya.

Melati (bertudung putih) bergambar bersama beberapa rider yang menerima makanan percuma Belanja Rider di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya.

Melati berkata, golongan rider sentiasa memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan kualiti khidmat pelanggan yang diberikan.

Tanpa mengira masa atau cuaca, rakyat Malaysia sentiasa mengharapkan mereka untuk menikmati hidangan yang lazat.

Tambah Melati, dia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rider yang tugas mereka bukan terhad pada menghantar makanan, malah sebenarnya mereka melakukan lebih daripada itu.

“Mereka turut membolehkan pelanggan untuk membuat pesanan dan menikmati hidangan kegemaran dengan selesa dan gembira di rumah,” katanya.

Menerusi inisiatif ini juga, terang Melati, rakyat Malaysia digalakkan untuk sama-sama menzahirkan penghargaan dengan berkongsi gambar Abang atau Kakak Rider di media sosial apabila menerima pesanan dengan meletakkan tanda pagar #MekdiBelanjaRider #TerimaKasihAbangRider.

Seorang
penunggang penghantaran
makanan menunjukkan reaksi gembira apabila menerima set
makanan
McDonald’s.

Sementara itu, seorang rider, Muhammad Zul Izlan Muhammad Nor, 27, berkongsi mengenai kerjayanya itu.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai penunggang penghantaran makanan sepenuh masa berikutan tawaran gaji secara mingguan, selain boleh menjana pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

“Saya mula bekerja seawal pukul 7 pagi bagi membolehkan saya memenuhi sasaran penghantaran harian.

“Sebenarnya, ini bukanlah perkara mudah memandangkan ada hari saya dapat mencapai sasaran dan ada hari pula tidak berjaya mencapai sasaran, walaupun setelah bekerja sehingga lewat malam.

“Pun begitu, itulah yang memberi kepuasan kepada diri saya. Saya sukakan fleksibiliti waktu bekerja yang memberi kebebasan untuk saya mengurus masa sendiri demi memenuhi sasaran harian saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI