fbpx

Ferrari dilanggar, pemuda enggan marah warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gun tidak memarahi warga emas itu selepas keretanya dilanggar. - SCMP

BEIJING – Seorang pemuda di China hanya meminta sedikit ganti rugi daripada seorang lelaki tua kerana melanggar kereta Ferrari miliknya berharga 4.5 juta yuan (RM2.89 juta), lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Gan dari Shanghai dipuji orang ramai kerana bertolak ansur dan tidak memalukan seorang pemandu beca elektrik  yang cuba melarikan diri setelah melanggar keretanya.

Dalam sebuah klip video, Ferrari berwarna kuning itu diberhentikan di lintasan pejalan kaki bersebelahan beca elektrik itu selepas pelanggaran kecil berlaku.

Menurut Gan, kemalangan berlaku di kawasan The Bund, kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) 15 Ogos lalu.

Walaupun nilai kerosakan dianggarkan mencecah 100,000 yuan (RM64,291), Gun enggan menyusahkan warga emas itu dan meminta ganti rugi cuma 190 yuan (RM122).

Tindakan Gun mendapat perhatian orang ramai di media sosial China.

“Jelas sekali Gan tidak mahu meminta sebarang ganti rugi daripada lelaki tua itu, dia  hanya mahu lelaki itu belajar dari kesilapannya,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI