fbpx

Ee yi, Yew Sin perlu konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI-Yew Sin akan turun selaku pilihan ketujuh pada saingan Kejohanan Dunia yang sedang berlangsung di Copenhagen ketika ini.

BEREGU lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin perlu memperbaiki sentuhan sekiranya mereka mahu melangkah jauh pada Kejohanan Badminton Dunia yang sedang berlangsung di Copenhagen, Denmark ketika ini.

Jurulatihnya, Rosman Razak percaya anak-anak buahnya itu tidak ada masalah dari segi undian memandangkan mereka pernah menewaskan semua gandingan 10 teratas dunia, namun kadangkala berdepan aksi kurang konsisten.

Justeru, beliau berharap Ee yi-Yew Sin yang akan memulakan saingan di pusingan kedua hari ini mampu memperbaiki kekurangan tersebut dan membuktikan status mereka sebagai pilihan ketujuh kejohanan.

“Saya tidak kisah sangat mengenai undian kerana dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini, Ee Yi-Yew Sin pernah menewaskan semua pemain-pemain 10 teratas, cuma saya mahu mereka tampil aksi lebih konsisten.

“Seperti saya cakap sebelum ini, penyudah itu perlu diperbetulkan dan lebih baik, sebab itu kita selalu berdepan masalah. Selain itu, kita juga perlu pastikan pemain bebas daripada kecederaan,” katanya.

Untuk rekod, Ee Yi-Yew Sin pernah melakar kejutan apabila membawa pulang pingat gangsa pada edisi 2021 di Huelva, Sepanyol selepas mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Dalam pada itu, Rosman turut menaruh sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak buahnya yang menggalas cabaran pada kejohanan tersebut memandangkan mereka sudah bekerja keras melakukan persiapan sebelum ini.

“Boleh (lakar kejutan), macam saya selalu cakap kita harus percaya. Tidak ada guna kita berlatih kalau tidak percaya dengan peluang sendiri. Saya harap mereka boleh lakukan sesuatu nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI