fbpx

Dua parah, 8 cedera terpelanting selepas lantai bot meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terlibat dalam kejadian lantai bot penumpang meletup dan pecah akibat hempasan air ketika berada di perairan Pulau Tinggi, Mersing pagi tadi dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

MERSING – Dua cedera parah, manakala lapan lagi cedera ringan selepas lantai bot penumpang dinaiki meletup dan pecah akibat hempasan air ketika berada di perairan Pulau Tinggi di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9 pagi melibatkan bot persiaran atau ‘island hopping’.

Katanya, kesemua penumpang terdiri dari enam perempuan, empat lelaki termasuk dua kru bot yang merupakan warga tempatan berusia 28 hingga 48 tahun.

Menurutnya, seorang perempuan berusia 34 tahun mengalami cedera parah di kaki dan seorang lelaki berumur 29 tahun cedera parah di pinggang manakala mangsa lain turut alami cedera di kaki atau tangan namun tidak parah.

“Ketika kejadian ombak agak kuat. Lantai bot meletup dan pecah dipercayai akibat hempasan air. Ekoran itu kesemua mereka terpelanting di dalam bot dan cedera.

“Kesemua mangsa diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebelum dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan. Kes disiasat oleh Jabatan Laut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa terlibat dikenali sebagai Ziela Md. Lazaam, 34, Nur Anis Shuhaiza Abdul Shukor, 28, Mohd. Hasnizam Has, 31, Razila Affandi, 32, Azrul Azhar Yaman, 29, Norazimah Mohd. Yasa, 48.

Turut cedera Diyana Safarudin, 30, Siti Hazerina Sheikh Abu Bakar, 46, serta nakhoda bot, Mohd. Fadzli Mohamed, 27, juga kelasi bot, Muhamad Arif Ramadan Hazrani, 30.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, kejadian berlaku di kedudukan lebih kurang 7.6 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI