fbpx

Diskaun saman 50 peratus di karnival dan kayuhan merdeka PDRM Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ( dua kanan) ketika sidang akhbar karnival dan kayuhan Merdeka Ride di IPK Selangor hari ini.- FOTO oleh Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Diskaun saman sehingga 50 peratus disediakan sempena Karnival dam Kayuhan Merdeka Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tapak karnival Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tawaran pengurangan itu diberikan mulai pukul 7 pagi hingga 7 petang di kaunter yang disediakan oleh pihaknya.

Katanya, bagaimanapun pengurangan saman itu tidak melibatkan 10 kesalahan seperti kemalangan, saman berstatus Ops Selamat, berstatus perbicaran mahkamah, berkaitan kenderaan berat.

Selain itu, potong secara berbahaya, mengunakan lorong kecemasan, tidak patuh lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan pengubahsuaian ekzos.

“Saman bila-bila pun boleh dapat diskaun. Janji, saman itu bukan saman 10 kesalahan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Hussein memberitahu, pihaknya turut menyasarkan 2,500 penyertaan kayuhan Merdeka Ride itu akan terbahagi dua iaitu terbuka dan kayuhan VVIP (kenamaan amat penting) dengan bayaran RM70. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI