fbpx

Bekas taikun hartanah dipilih Perdana Menteri Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Srettha melambai ke arah para penyokongnya di ibu pejabat Parti Pheu Thai di Bangkok hari ini. – AFP

BANGKOK – Pemimpin Parti Pheu Thai, Srettha Thavisin akan menjadi Perdana Menteri Thailand yang baharu selepas mendapat sokongan Parlimen dalam sesi pengundian hari ini, lapor stesen penyiaran CNBC.

Srettha merupakan taikun hartanah yang memasuki politik beberapa bulan lalu di bawah logo Pheu Thai.

Beliau yang memerlukan 375 undi untuk menduduki kerusi Parlimen dan menubuhkan kerajaan seterusnya, memenangi 482 kerusi, kata Pheu Thai.

Thailand ditadbir oleh kerajaan interim sejak Mac lalu dengan Parlimen  berada dalam kebuntuan.

Parti Move Forward menang besar dalam pilihan raya Mei lalu tetapi kemudian disekat untuk kerusi Perdana Menteri apabila pemimpinnya, Pita Limjaroenrat tidak cukup 51 kerusi untuk menjawat jawatan tersebut. 

Pheu Thai pada awalnya menyokong Move Forward tetapi cuba untuk berkuasa selepas parti tersebut gagal mendapat sokongan Parlimen.

Pheu Thai yang merupakan parti kedua terbesar menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah membentuk kerajaan campuran melibatkan 11 parti politik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI