SHAH ALAM – Lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina di sini menjadi tumpuan dengan kehadiran Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB).
Turut berada di lokasi adalah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pengeluar pesawat, Beechcraft yang menjalankan siasatan sejak pukul 8.15 pagi.
Difahamkan kira-kira 15 anggota daripada tiga pihak terlibat itu bagi memeriksa beberapa bangkai Beechcraft 390 (Premier 1) dan memasukkan objek itu ke dalam bekas untuk dibawa ke makmal untuk siasatan.
Pengambilan kesemua bangkai ini dijangka selesai hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis akan terus mengawal tapak nahas sehingga semua bangkai ini diambil. -KOSMO!ONLINE