fbpx

UMNO sedang kumpul hasil post mortem – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kanan) ketika meninjau sekitar pameran selepas merasmikan Program Debat Perdana Madani 2023 di UKM, di sini. Foto AMIR KHALID

BANGI – UMNO sedang mengumpulkan hasil ‘post mortem’ (bedah siasat) berkenaan kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, baru-baru ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, beliau yakin UMNO secara keseluruhannya telah mengenal pasti faktor-faktor kekalahan tersebut.

“Saya percaya kerajaan negeri dan sayap sedang melakukan perkara itu (post mortem) sebelum kita kumpulkan,” katanya.

Dalam masa sama, Mohamed Khaled berkata, fokus UMNO kini adalah untuk membantu Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Lagipun kita sedang fokus untuk membantu PH di Pulai dan Simpang Jeram.

“Jadi mungkin perkara ini dibuat, tetapi tidak diberikan liputan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Debat Perdana Madani 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Barisan Nasional (BN) ketika PRN baru-baru ini, hanya memenangi 19 kerusi DUN berbanding 108 kerusi yang ditandingi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI