fbpx

Tujuh muka baharu Exco Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 barisan Exco Selangor yang mengangkat sumpah dan ikrar Aku Janji di Istana Alam Shah, Klang. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Seramai tujuh muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor bagi penggal baharu kerajaan Selangor.

Mereka melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail; Mohd Najwan Halimi (Kota Anggerik); Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) dan V Papparaidu (Banting).

Selain itu, adalah ADUN Seri Setia, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dan Anfaal Saari (Taman Templer) dan Ng Suee Lim (Sekinchan).

Manakala, tiga lagi ADUN dikekalkan sebagai Exco iaitu Ng Sze Han (Kinrara), Ir. Izham Hashim (Pandan Indah) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat).

Secara keseluruhannya, barisan Exco itu diwakili empat wakil rakyat daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (tiga), Parti Amanah Negara (Amanah) dengan dua ADUN serta Barisan Nasional (satu).

Istiadat angkat sumpah, ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Pelantikan dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini yang bermula pukul 2.30 petang.

Turut menyaksikan istiadat itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Haris Kasim. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI