fbpx

Taikun dakwa tanam durian pelaburan amat menguntungkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menanam banyak pokok durian boleh membawa keuntungan kepada seorang taikun di Vietnam. - Foto VNA/Xinhua

HANOI – Pengerusi syarikat gergasi pertanian Hoang Anh Gia Lai, Doan Nguyen Duc berkata, penanaman durian mengaut keuntungan lima dolar (RM23.26) daripada satu dolar (RM4.65) pelaburan, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Mengunjungi ladang duriannya di tanah tinggi tengah Wilayah Gia Lai pada musim menuai buah durian, Duc berkata, ia adalah tempat untuk membantunya berehat apabila berada berada dalam keadaan tertekan.

“Melawat ladang durian, saya rasa lebih gembira berbanding pergi ke padang golf,” katanya. 

Syarikatnya mula menanam pokok durian pada 2018.

Beliau mempunyai 1,200 hektar ladang durian termasuk Musang King, varieti durian popular yang berasal dari Malaysia dan Mong Thong dari Thailand.

Ia yang merangkumi Vietnam dan Laos merupakan ladang durian terbesar di Asia Tenggara.

Tahun ini, syarikat itu mempunyai tanaman durian Mong Thong seluas 40 hektar yang mengeluarkan buah-buahan gred tinggi untuk tahun kedua dengan pengeluaran ialah 500 tan.

“Saya menjual buah durian di ladang pada harga 77,000 dong (RM15.04) sekilogram, jadi 40 hektar ini akan membawa pulangan hasil kira-kira 35 bilion dong (RM6.83 juta) tahun ini,” kata Duc.

Bagi setiap dolar yang dibelanjakan untuk menanam pokok durian, dia memperoleh lima dolar keuntungan sebelum cukai. 

“Tiada siapa percaya, tetapi ini adalah fakta yang direkodkan dalam buku perakaunan syarikat kami,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI