fbpx

Sweet tak, Aeril Zafrel hadiahkan Wawa, Brabus berharga RM2.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL Zafrel berkongsi momen kejutan menghadiahkan isterinya sebuah kenderaan mewah.

PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan popular, Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition yang dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

Momen penuh bermakna tersebut dikongsi Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari menerusi laman sosial yang menyatakan kenderaan berkenaan adalah idaman suri hatinya.

Biarpun agak lewat daripada tarikh hari jadi Wawa yang jatuh pada 12 Mac lalu, kejutan dilakukan nyata ‘menjadi’ apabila isterinya tampak terharu dan teruja.

“Akhirnya dapat juga hadiahkan si oren ini untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, ‘sweet’ tak saya?” tulisnya dalam kapsyen untuk video pendeknya itu.

Pelakon berusia 34 tahun itu turut berkongsi detik menunjukkan hadiah istimewa tersebut yang turut disertai beberapa tetamu lain.

Dalam video berkenaan, Wawa yang tampil menawan mengenakan busana serba hitam itu teruja melihat kereta idaman rona kelabu tersebut.

Malah turut kelihatan dalam video tersebut adalah hadiah tambahan iaitu timbunan beberapa kotak barangan berjenama diletakkan dalam kenderaan berkenaan.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu iaitu pada hari jadi yang ke-29 Aeril pernah menghadiahkan Wawa sebuah Mercedes-Benz GLC 300.

Wawa juga pernah memberikan kejutan sebuah kereta Lamborghini Gallardo berwarna kuning, tahun lalu kepada Aeril. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI