fbpx

Sindiket pemburuan haram di Sik tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamalul Nasir (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai jenis bahagian haiwan liar yang dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Perhilitan Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Satu sindiket pemburuan haram hidupan liar di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, dekat sini tumpas dengan penahanan enam individu termasuk dalangnya dalam serbuan Ops Hunter di Sik pada Jumaat lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalul Nasir Ibrahim memberitahu, dalam operasi itu, pihaknya merampas pelbagai bahagian anggota haiwan terancam tersebut termasuk daging sejuk beku dengan nilai keseluruhan RM103,350.

Katanya, enam suspek berusia antara 40 hingga 63 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak 10 tahun lalu.

“Ops Hunter ini dijalankan berdasarkan risikan dan pemantauan berterusan Jabatan Perhilitan di lokasi terlibat.

“Kesemua suspek dipercayai menjadikan aktiviti pemburuan haram ini sebagai sumber pendapatan utama menerusi hasil jualan buruan termasuk secara dalam talian di media sosial,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhilitan Kedah di Anak Bukit, di sini hari ini.

Menurutnya, serbuan dilakukan di rumah semua suspek di Sik yang menemui pelbagai bahagian anggota haiwan seperti kijang, rusa sambar, pelanduk, burung murai, tiong mas dan ruak-ruak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI