SELEPAS setahun berumah tangga, pelakon yang memulakan kerjaya sejak berusia sembilan bulan, Ashley Olsen selamat menimang cahaya mata sulung baru-baru ini.
Memetik laporan TMZ, pelakon berusia 37 tahun itu telah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Otto selepas mendirikan rumah tangga bersuaminya, Louise Eisner.
Pelakon yang pernah membintangi filem Full House itu dikhabarkan bersalin di sebuah hospital terkemuka di New York, Amerika Syarikat.
Olsen dan Eisner yang juga anak lelaki kepada pereka hiasan barangan kemas terkenal, Lisa Eisner mula berkenalan dengan Eisner sejak Oktober 2017 sebelum bertunang pada 2019.
Pasangan itu kemudiannya berkahwin pada 2022 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri seramai 50 orang tetamu dalam kalangan keluarga dan sahabat terdekat terdekat.