fbpx

Pupuk minat STEM dalam diri pelajar melalui pertandingan robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Robotik Kebangsaan 2023 peringkat negeri Selangor.

PETALING JAYA – Dalam usaha memupuk minat pelajar dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sasbadi Holdings Berhad dengan kerjasama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menganjurkan pertandingan Robotik Kebangsaan 2023 peringkat negeri Selangor.

Penolong Pengurus UTAR, Norlaila Ismail berkata, pertandingan ini mampu membentuk pelajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti dan inovasi serta bekerja dalam pasukan.

“Pertandingan ini bermula pada hari ini dengan tiga kategori dipertandingkan bagi sekolah menengah, manakala empat kategori sekolah rendah akan berlangsung esok, 22 Ogos.

“Setiap sekolah akan menghantar 3 orang peserta dan dua orang guru pengiring yang akan bertindak sebagai mentor yang akan membimbing mereka.

“Pelajar juga akan bekerjasama untuk mereka bentuk, membina dan memprogram robot serta mencipta penyelesaian kreatif dan inovatif menggunakan teknologi pendidikan LEGO,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ini merupakan julung kali UTAR kampus Sg Long menganjurkan pertandingan robotik dan dijangkakan akan mengumpul 81 buah sekolah merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negeri Selangor.

“Pertandingan akan bermula di peringkat negeri dan diteruskan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 September di Dewan Sultan Ibrahim, University Tun Hussein Onn Malaysia.

“Pemenang peringkat kebangsaan akan berpeluang untuk mewakili malaysia dalam pertandingan akhir antarabangsa, iaitu 20th World Robot Olympiad (WRO) 2023 di Panama City, Panama pada 7 hingga 9 November,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI