fbpx

Piala Malaysia: Norizam dakwa FAM punca Kelantan dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Kelantan, Muhammad Johan Shahzidane tertunduk kaku selepas menyaksikan gawangnya dibocori 10 kali oleh JDT pada aksi kelmarin.

KURANG 24 jam selepas dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 10-0, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman mendakwa situasi sukar dihadapi pasukan ketika ini berpunca daripada sikap pilih kasih pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham juga mendakwa The Red Warriors sebagai ‘lubuk duit’ kepada badan induk itu, namun sudah bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

“Pemain import baharu tidak dapat didaftarkan kerana masalah teknikal sistem TMS (Transfer Matching System) yang hanya FAM sahaja boleh bantu bermula pembukaan sekatan perpindahan pada 27 Julai 2023. Hanya 4 hari Kelantan FC ada masa mendaftar.

“Masalah Teknikal TMS ini sangat mudah diselesaikan, tetapi hanya boleh akses selepas 4 Ogos 2023 iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos. Jika Kelantan boleh daftar, tentu kita tidak kalah seteruk ini.

“Sikap ‘double standard’ sesetengah pegawai FAM akan TRW Kelantan FC sangat mengecewakan saya. Saya tahu Kelantan FC akan didenda, dikenakan tindakan kerana komen saya ini, tapi saya sudah empat tahun dengan Kelantan FC, saya tahu Kelantan memang tempat untuk FAM denda. Saya dah biasa,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan membawa masuk empat pemain import baharu iaitu Aliakbar Ahmadi, Allie Sisse, Ahmed Magdy dan Dennis Buschening.

“Saya mohon maaf atas kekalahan 10-0 dengan JDT. Saya orang Johor, tetapi saya adalah pemilik Kelantan FC, tidak ada pemilik kelab mahukan kelabnya kalah seperti semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Angel Alfredo Vera mengakui sudah menjangkakan pasukannya akan berdepan kekalahan besar di tangan JDT, malah lebih besar daripada bolos 10 gol.

Bagaimanapun, Vera tidak mudah melatah kerana tahu keadaan pasukan bimbingannya itu ibarat langit dan bumi apabila bertemu dengan pasukan di carta teratas Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI