fbpx

Pembersih sampah paling cantik di Thailand ‘pukau’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bow gemar bersolek meskipun ketika bekerja untuk kepuasan dirinya sendiri. – Mothership

BANGKOK – Seorang pembersih sampah jalan di Bangkok menjadi perhatian netizen kerana mempunyai wajah jelita dan sentiasa bersolek meskipun melakukan tugas sukar tersebut, lapor portal berita Mothership hari ini.

Pattaramon Thocharoen, 27,  atau dikenali sebagai Bow digelar ‘pembersih jalan paling cantik di Thailand’ selepas beberapa videonya tular di platform TikTok.

Menurut Bow, dia sering menyolek wajahnya ketika bekerja untuk kepuasan diri sendiri.

“Mengapa saya tidak boleh kelihatan cantik ketika melakukan pekerjaan yang sukar?” soalnya kepada akhbar The Straits Times.

Menurut Bow, dia tidak berasa malu melakukan pekerjaan itu kerana ibunya juga merupakan pembersih jalan, manakala bapanya ialah pemandu lori sampah.

“Ini adalah bidang kerja yang ibu bapa lakukan ketika membesarkan saya. Justeru, saya berbangga dengannya,” kata Bow.

Bow menerusi hantaran di TikTok kerap berkongsi  video menunjukkan rutin  kerja hariannya seperti mencabut rumput dan membersihkan tong sampah.

Dia yang mempunyai lebih 330,000 pengikut ketika ini turut menjana pendapatan kira-kira 12,000 baht (RM1,583) sebulan daripada pekerjaannya itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI