fbpx

Nahas Elmina: Oyen semakin pulih, tiada sebarang derma dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Zulerwan di laman Instagramnga ketika merawat Oyen.

PETALING JAYA – Seekor kucing yang ditemui di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini Khamis lalu dalam keadaan stabil dan semakin pulih dari kecederaan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram doktor veterinar, Zulerwan yang merawat kucing yang digelar ‘oyen’ semalam memaklumkan proses memulihkan kecederaan haiwan itu masih lagi dijalankan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang prihatin kepada oyen. Untuk hari ini keadaan oyen baik dan stabil. Oyen pun baik semasa cuci luka,”tulisnya.

Tambah doktor terbabit, pihaknya juga menerima banyak panggilan untuk membela oyen.

“Klinik ada menerima banyak DM (mesej peribadi) dan panggilan untuk mengambil membela oyen (adopt).

“Di sini saya memaklumkan bahawa oyen tidak dibuka untuk adoption (kucing angkat) kerana masih mempunyai tuan iaitu salah seorang team ambulan KKM yang membawa oyen,”kata Zulerwan.

Pada masa sama kata doktor berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya juga tidak membuka sebarang bantuan atau derma atas nama kucing terbabit.

“Jadi diminta berhati-hati jika ada sebarang bantuan atau ‘donation’ atas nama oyen,” tegasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mendoakan agar oyen cepat sembuh dan dipelihara dengan baik oleh tuan baharunya.

“Tolonglah tuan bantu oyen. Bagi oyen pulih dulu tuan. Tingkatkan keyakinan oyen terhadap dunia luar,” tulis @anies_zakiah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @hazilafathy.

“Alhamdulillah.. semoga oyen cepat baik, terima kasih staf KKM tersebut dan warga klinik doktor yang merawat oyen.

“Hanya Allah yang membalas jasa kalian semua, semoga kalian dirahmati dunia akhirat,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI