fbpx

Nahas Elmina: BSKU, pakar AS mulakan siasatan di lokasi nahas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lokasi nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan pihak media hari ini selepas beberapa pakar akan menjalankan siasatan di sana.

Kosmo! dimaklumkan antara pakar yang akan ke lokasi tersebut termasuklah pakar penerbangan dari negara Amerika Syarikat (AS) dan pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Kesemua pakar ini dipercayai akan menganalisis serpihan dan bangkai pesawat serta keadaan lokasi yang mengorbankan 10 nyawa dalam tragedi pada Khamis lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim pada Jumaat lalu memaklumkan pasukan BSKU dan pakar dari AS akan memulakan penyiasatan di lokasi kejadian bermula hari ini.

Jelasnya, kesemua pakar tersebut akan memeriksa bangkai pesawat bagi mengenal pasti punca nahas berlaku.

Sebelum ini, segala bangkai besar pesawat nahas yang masih berada di lokasi dikawal rapi oleh polis selama 24 jam mengelak diceroboh dan diganggu orang awam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI