fbpx

Mahkamah: Lelaki Jepun didakwa pukul teman wanita senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik restoran warga Jepun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya dua bulan lalu.

Tertuduh, Shozo Kamizato, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Pemuda itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Gomi Mikiko, 30, dengan tangan di sebuah rumah di Kepong, di sini pada pukul 2 pagi, 14 Jun lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh yang menetap di negara ini sejak 12 tahun lalu diwakili peguam Azman Aziz.

Majistret Nurul Izzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat.

Mahkamah menetapkan 22 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI