fbpx

Luahan Pembaca: Scammer kini mudah perangkap mangsa guna AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCAMMER mampu meniru rupa, suara dan gelagat bagi tujuan penipuan dengan menggunakan AI. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin hari semakin canggih, memungkinkan terciptanya penipuan yang sangat meyakinkan dan realistik, yang lebih sukar dikesan dengan melakukan pelbagai modus operandi bagi menjerat mangsa.

Ini mewujudkan potensi kesan yang lebih besar dalam aktiviti jenayah siber. Taktik scammer yang dikuasakan oleh AI akan semakin meningkat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang cuba diperangkap perlu segera melaporkan sebarang e-mel, mesej atau aktiviti dalam talian yang mencurigakan kepada pihak berkuasa, pembekal e-mel atau platform yang terlibat.

Dalam dunia yang mana teknologi dan tipu daya bersilang tindak, pengguna juga perlu lebih berhemat serta mematuhi panduan yang ditetapkan bagi melindungi maklumat peribadi, aset kewangan dan identiti digital daripada ancaman penipuan scammer dalam talian.

Dengan menggunakan teknologi AI, scammer mampu meniru rupa, suara, gelagat dan apa sahaja untuk tujuan penipuan

Oleh itu, segala maklumat memerlukan verifikasi terlebih dahulu dan tidak boleh diterima secara ‘total’ sahaja atau bulat-bulat.

Dengan mengikuti berita dan laporan berkala, pengguna juga dapat mendapatkan pandangan dalam dunia penipuan dalam talian yang sentiasa berubah selain membolehkan mereka mengenali dan menghadapi ancaman yang muncul dengan berkesan.

AHMAD NIZAM CHE KASIM
Universiti Malaysia Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI