fbpx

Kejohanan Dunia: Jin Wei mara, Kisona kandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei berdepan aksi sukar di pusingan kedua esok apabila dijadualkan bertemu pemain No.1 dunia dari Korea Selatan, An Se Young.

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei bermula dengan langkah kanan pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark apabila melayakkan diri ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung hari ini, Jin Wei tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-15 ke atas pemain Hungary, Vivien Sandorhazi.

Dalam pertemuan sulung antara kedua-dua pemain tersebut, Jin Wei yang juga bekas juara remaja dunia memerlukan masa 30 minit bagi menunjukkan jalan keluar buat pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, laluan sukar perlu diharungi pemain kelahiran Pulau Pinang itu apabila bakal berdepan pemain No.1 dunia dari Korea Selatan, An Se Young di pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung esok.

Untuk rekod, perlawanan esok akan menjadi pertemuan ketiga buat kedua-dua pemain itu dengan kelebihan memihak kepada Se Young apabila menang dalam kesemua dua perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, cerita berbeza dialami seorang lagi perseorangan wanita profesional negara, S. Kisona yang terpaksa akur dengan kekalahan tiga set 22-20, 19-21, 13-21 kepada Pai Yu Po dari Taiwan.

Walaupun bermula baik dengan memenangi set pertama, namun kegagalan untuk mempertahankan kedudukan 15-9 di set kedua memakan diri apabila menyaksikan Yu Po bangkit dan ‘mencuri’ slot ke pusingan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI